CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 16, 2008

Sunday, October 12, 2008

sistem lampu isyarat...

PENGENALAN :
Lampu isyarat adalah suatu
alat pemberi isyarat yang ditempatkan di persimpangan jalan, lintasan pejalan kaki, atau lokasi-lokasi lain untuk menunjukkan keadaan aman untuk mengendarai atau berjalan sesuai dengan kod warna sejagat (dan suatu urutan yang persis bagi orang-orang yang menderita buta warna).
Sistem pengaturan lampu lalu-lintas pertama kali diperkenalkan di
England, iaitu di daerah Westminster pada 10 Disember 1868. Lampu isyarat ini menggunakan lampu gas dan perlu dikendalikan secara manual. Penggunaannya tidak bertahan lama, kerana gas tersebut mudah meledak. Seawal 1912, lampu isyarat elektrik pertama digunakan di Salt Lake City, Utah. Kemudian pada tahun 1918 di New York. sistem lampu isyarat sebagai pengendali untuk mengawal lampu lalu-lintas diperkenalkan dengan penggunaan lampu 3 warna.
Sistem lampu isyarat berkait pertama kali digunakan di Salt Lake City pada 1917, dengan enam simpang yang dikawal menggunakan suis manual. Pada tahun
1926 di Wolverhamton, England, sistem pengaturan lampu isyarat automatik dicuba untuk pertama kalinya.


SISTEM LAMPU ISYARAT:
Sistem lampu isyarat adalah satu alat pemberi isyarat yang ditempatkan khusus di persimpangan jalan, lintasan pejalan kaki atau lokasi lokasi lain yang mana memberikan/menunjukkan pergerakan khusus bagi bagi setiap sekumpulan pengguna jalan raya dengan masa yang ditetapkan.

SEJARAH AWAL:

Sistem lampu isyarat pertama kali diperkenalkan di Westminster, England pada Disember 1868. Kaedah pertama lampu isyarat ini menggunakan lampu gas (Gas lantern). Seawal tahun 1912, lampu isyarat elektrik pertama digunakan di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat. Penggunaan sistem lampu isyarat di Brunei Darusalam bermula pada tahun 1967 dan ianya mula dipasang di persimpangan Jalan Sultan / Jalan Pemancha (berdekatan bangunan HSBC pada masa ini).
Pada awal tahun 1970an pemasangan sistem lampu isyarat hanya tertumpu di kawasan Bandar Seri Begawan sahaja terutama sekali persimpangan yang merbahaya dan sentiasa diguna pakai. Menjelang tahun 1990an, penggunaan lampu isyarat mula dilaratkan ke kawasan luar daerah. Sehingga pada masa ini jumlah persimpangan lampu isyarat di Brunei ialah 74 persimpangan.

Teknologi sistem lampu isyarat di Brunei:
Perubahan teknologi pada masa dahulu dan sekarang juga sedikit sebanyak mempengaruhi sistem lampu isyarat di seluruh dunia mahupun di negara kita sendiri. Sistem lampu isyarat pada masa ini dilengkapi dengan peralatan yang canggih. Nadi utama atau ‘jantung’ sistem lampu isyarat terletak pada “controller” lampu isyarat itu sendiri.
“Controller” sistem lampu isyarat ini merupakan salah satu peralatan yang canggih dan banyak digunakan di rantau Asia mahupun Eropah. Ianya berfungsi sebagai nadi, pengaturcara dan pengendali utama bagi setiap persimpangan lampu isyarat. Semua data-data sistem lampu isyarat di proses sepenuhnya ‘on-site’ oleh “controller”. Ianya juga dilengkapi sistem keselamatannya tersendiri dan sistem UPS (Uninterruptible Power Supply). UPS berfungsi sebagai ‘backup power supply’ jika persimpangan lampu isyarat terputus bekalan elektrik.Penggunaan ‘signal head’ atau lampu juga merupakan aspek yang penting. Sistem lampu halogen mula diperkenalkan dan digunakan sepenuhnya pada awal sejarah pemasangan lampu isyarat di negara kita. Namun sistem lampu halogen ini memerlukan banyak tenaga elektrik dan bulb nya pula mudah terbakar. Oleh itu, ‘signal head’ LED (Light Emitting Diode) mula digunakan untuk mengganti sistem lampu halogen kerana penggunaan bekalan elektrik bagi sistem lampu LED adalah lebih menjimatkan dari sistem lampu halogen.
Kemudahan-kemudahan yang lain di persimpangan lampu isyaratSelain daripada “controller”, UPS dan sistem lampu LED/Halogen, persimpangan lampu isyarat juga dilengkapi dengan “pedestrian countdown timer” bagi pengguna pejalan kaki untuk menyeberang jalan dipersimpangan lampu isyarat.Kemudahan “Prepare To Stop” merupakan satu kemudahan yang penting untuk menjaga keselamatan di jalan raya terutama sekali di persimpangan lampu isyarat. Kemudahan ini ditempatkan di kawasan yang strategik terutama sekali di jalan yang bengkok dan merbahaya sebelum menuju ke persimpangan lampu isyarat. Fungsi utama “Prepare To Stop” ialah memberi amaran awal kepada pengguna jalan raya.yang berupa ‘flashing amber light’ sebelum lampu isyarat di hadapan bertukar merah.

Kawalan dan pemeliharaan sistem lampu isyarat:
Pemeliharaan, keberkesanan dan fungsi lampu-lampu isyarat pada masa ini adalah di bawah kawalan Jabatan Kerja Raya melalui Jabatan Jalan Raya. Pemeliharaan komprehensif dan teratur adalah merupakan elemen terpenting untuk menjaga keberkesanan dan kecekapan lampu isyarat itu sendiri. Jumlah persimpangan lampu isyarat dibawah kawalan dan Jabatan Kerja Raya adalah 74 persimpangan. Pusat Kawalan Lalu Lintas (Area Traffic Control Centre) yang terletak di bangunan Jabatan Jalan Raya bertanggungjawab dari segi mengawal, memantau dan memelihara persimpangan lampu isyarat. Sebanyak 37 daripada 74 persimpangan lampu isyarat di seluruh Brunei disambung terus secara berkomputer ke Pusat Kawalan Lalu Lintas, JKR melalui sistem komputer SCATS (Sydney Coordinated Area Traffic System). Selain daripada sistem SCATS, Pusat Kawalan Lalu Lintas juga dilengkapi dengan 12 unit kamera CCTV yang ditempatkan di beberapa kawasan persimpangan lampu isyarat terutama sekali di sekitar pusat Bandar Seri Begawan.

Fungsi & Peranan Utama Pusat Kawalan Lalu Lintas,JKR
Mengawal dan memantau perjalanan lalu lintas di persimpangan lampu-lampu isyarat secara sistematik sepenuh masa dengan menggunakan perisian SCATS (Sydney Coordinated Adaptive Traffic System) dan sistem CCTV.
Memastikan lampu-lampu isyarat berfungsi dengan baik dan efisien sepenuh masa.



Teknologi terbaru:
SATU lagi inovasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Lampu Isyarat Pintar telah dihasilkan. Hasil kajian sekumpulan cendekiawan Fakulti Kejuruteraan telah menghasilkan sistem lampu isyarat tercanggih dan terpintar di era ini.

“Sistem ini dilengkapi dengan Programme Logy Control (PLC), kamera, modem, komputer, dan lampu isyarat dan bilik kawalan adalah yang terpintar di dunia buat masa ini.” Menurut Prof. Madya Ir. Dr. Riza Atiq O.K Rahmat lagi, idea untuk menghasilkan sistem ini datang semasa beliau bertugas dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di mana beliau berhadapan dengan masalah kesesakan jalan raya dan polis trafik terpaksa mengambil alih tugas lampu isyarat.

Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku malahan semakin meningkat. Keadaan trafik tidak terkawal bukan sahaja di musim-musim cuti, tetapi juga pada waktu orang ramai sibuk menjalani kehidupan atau aktiviti seharian. Akhirnya, ia menyebabkan polis-polis trafik terpaksa mengambil alih tugas lampu isyarat untuk mengawal lalu lintas.

Berikutan itu, Dr. Riza Atiq berpendapat bahawa, lampu isyarat sepatutnya mempunyai daya kawalan dan kecekapan seperti polis-polis trafik yang dapat mengawal kesesakan. Oleh yang demikian, Lampu Isyarat Pintar dibangunkan berteraskan fungsi polis trafik semasa kesesakan lalu lintas berlaku.

Jika lampu isyarat biasa hanya menetapkan masa maksimum selama 15 saat untuk memberi laluan kepada kenderaan di persimpangan jalan, lampu isyarat pintar pula secara automatik boleh menambahkan pengiraan saat kepada tahap maksimum yang telah ditetapkan di bilik kawalan jika berlaku kesesakan di sesuatu simpang.

Kamera yang dipasang bertindak sebagai mata lampu isyarat dapat mengesan jumlah kenderaan di sesuatu simpang itu. Keupayaan ini dapat mengurangkan kesesakan di sesuatu simpang yang sibuk.

Wireless Communication System (WCS) dipasang bagi menghubungkan lampu isyarat kepada pusat atau bilik kawalan. Oleh yang demikian, setiap keadaan atau situasi sesuatu simpang dapat dilihat di pusat kawalan.

Selain itu, lampu isyarat pintar juga boleh merakamkan sesuatu keadaan atau kecemasan yang berlaku secara automatik. Kelebihan ini dapat membantu pihak polis atau pihak-pihak yang berkenaan untuk mengesahkan bukti kemalangan.

Penyelidikan yang bermula sejak Januari 1998 ini telah diikuti dengan pembangunannya di pintu masuk Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002 sebagai percubaan pertama. Kos sebanyak lebih kurang RM 400,000 telah dibekalkan bagi penyelidikan dan percubaan pertama ini.

Hasil percubaan tersebut, telah membawa kepada penyelidikan yang seterusnya dan cuba dibangunkan di kawasan-kawasan lain seperti di Putrajaya, Bangi dan beberapa kawasan lain.

Penyelidikan demi penyelidikan yang telah dijalankan akhirnya menghasilkan tiga buah sistem yang mempunyai keupayaan masing-masing. Sistem-sistem tersebut adalah Intelligent Traffic Signal with Vision System, Intelligent Urban Traffic Management dan Traffic Surveillance System.

Harapan Dr. Riza Atiq sendiri, penyelidikan dapat diteruskan sehingga menghasilkan sistem yang lebih operational dan dilengkapi dengan bilik kawalan yang berperalatan canggih. Akhir kata, beliau juga meyarankan agar suatu hari nanti sistem Lampu Isyarat Pintar ini dapat di pasang di setiap persimpangan di sesebuah bandar.